Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Buat semua, selamat berkenalan! ^____^ Saya AinMaisarah. Boleh panggil Kak Ain, lebih mudah dan mesra. Selamat singgah ke minisite Kak Ain ini. Haaa… jika belum kenal lagi siapa Kak Ain… rajin-rajinlah baca biodata di bawah ini ya!

Biodata Penulis:

~Ain Maisarah~

~Menetap di Kuala Lumpur yang indah permai, tetapi …..sedikit berjerebu~

~Jangan risau… Johor sampai bila-bila tetap di hati~

~Rabun jauh, tetapi tetap degil tidak mahu bercermin mata~

~Berat badan? Ishh… biarlah rahsia!~

~Ketinggian, rendah sedikit berbanding KLCC iaitu 167.5cm~

~Kawan baik: Jerawat setia di pipi serta lemak degil yang terlalu berminat mendampingi diri~

~Dalam usaha mencipta nama sebagai penulis tersohor di Malaysia dan luar negara~

~Bersyukur penulisan novel-novel remaja terdahulu diterima ramai seperti Aku Mahu Popular, Aku Mahu Saiz S dan Aku Mahu Teman Tetapi Mesra.~

~Impian utama, mahu membina Banglo Pink AinMaisarah: tempat pembaca boleh berkumpul, penulis-penulis Blink Book santai menulis dan kita semua boleh makan kek. Nyum-nyum!~

~Paling utama, amat menghargai pembaca sebagaimana menghargai sebutir berlian Habib Jewels!~

     



Muat Turun Gambar Penulis

Gambar di bawah boleh dimuat turun untuk kegunaan penganjur membuat poster atau bunting. Sila KLIK pada gambar untuk memuat turun.

  • Gambar 1

  • Gambar 2

  • Gambar 3

Senarai Novel: