Berkongsi Cerita..

Ada 3 golongan manusia yang akan klik pada minisite AmanWan ini. Pertama, samada anda mengenali saya sebagai pekomik untuk siri nomik Lawak Sekolah. Kedua, samada anda mengikuti video blog AmanWan di youtube. Atau ketiga… samada anda terpesona tatkala melihat wajah kembang berkenyit mata di atas, lalu membuatkan anda tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka tembam yang tidak seberapa comel ini? Jadi, biarkan saya perkenalkan diri.

Biodata Penulis:
  • Nama:
    Aman Wan, atau lebih dikenali sebagai Abang Tembam.
  • Tarikh Lahir:
    1 Julai 1988, namun masih berjiwa keanak-anakan.
  • Warna Kesukaan:
    Hitam, putih, hijau dan pink. Ya. Pink. Please don’t judge me.
  • Penulis / Pelukis Kesukaan:
    Darren Shan, Natsume Ono, Bahruddin Bekri dan Ain Maisarah. Ini bukan mahu bodek bos. Ini betul-betul minat. Hihi.
  • Hobi Kesukaan:
    Melukis atas tisu, membaca di dalam kereta, mengumpul buku nota, menonton sitkom kelakar, menyanyi dengan sumbang, dan merakam aksi spontan rakan-rakan yang memalukan supaya menjadi bahan ugutan dan sabotaj di masa hadapan… Haha. Gurau saja…agaknya.
  • Impian:
    Menjadi pekomik/penulis bestseller dan mempunyai stesen televisyen sendiri seperti Disney atau Nickelodeon.
  • Misi dalam berkarya:
    Mewujudkan senyuman di wajah penonton dan pembaca dikala duka melalui karya yang bermakna dan menyentuh jiwa!

  • Saya boleh dihubungi melalui laman sosial berikut:

  • Facebook:
  • Youtube:
  • Instagram:
  • Twitter:
  • Laman Web:

  • Selamat berkenalan geng. Jika terjumpa di luar sana, jangan lupa belanja cekodok pisang ya. Salam tembam dari Aman Wan! Peace!
     



Muat Turun Gambar Penulis

Gambar di bawah boleh dimuat turun untuk kegunaan penganjur membuat poster atau bunting. Sila KLIK pada gambar untuk memuat turun.

  • Gambar 1

  • Gambar 2

  • Gambar 3

Senarai Novel: