Berkongsi Cerita

Terima kasih sayang kerana sudi datang ke mini site saya. Mari kita tepuk tangan 17 kali secara serentak, ewah! Hai, saya Rashiela Nurain atau lebih dikenali oleh Blinkers sebagai Kak Shiela. Dalam kalangan rakan-rakan, saya dipanggil RNR. Eh, bukan rumah rehat dan rawat! RNR itu akronim nama sebenar sayalah hehehe :) Saya adalah penulis Blink untuk siri Running Star dan pelbagai novel lain yang kebanyakannya berlatar belakangkan Korea. Mengapa Korea? Mari korek rahsia saya!

Biodata Penulis:
  • Nama:
    Rashiela Nurain Rasid
  • Tarikh Lahir:
    25 Ogos
  • Asal:
    Sabah
  • Warna Kesukaan:
    Semestinya biru!
  • Penulis Kegemaran:
    Ain Maisarah (bukan bodek, hakikatnya buku Blink best!), Bahruddin Bekri, Pseudonymous Bosch, dan Robert T Kiyosaki
  • Idola:
    Tun Doktor Mahathir Mohamad
  • Hobi:
    Makan
  • Karya:
    • Cik Akademik Lawan Samseng Mereng
    • Siri Running Star
    • Aku Mahu Seoul Mate
    • dan banyak lagi pada masa akan datang..
  • Latar Belakang Kerjaya:
    Bekas editor senior di PTS Media Group untuk novel remaja dan terjemahan Korea termasuklah komik Running Man. Itulah sebabnya saya kerap ke Korea dan berpeluang tulis buku berlatarkan Korea. Eh, panjang pula cerita saya!
  • Impian:
    Memiliki akademi penulisan kanak-kanak dan remaja yang cool dan menggembirakan. ^_^



  • Hubungi saya secara maya melalui laman sosial:

     
     

    Program Jelajah Sekolah: Hubungi Tuan Ramzan Kasirin (019-2802147)

Hingga jumpa lagi! Semoga terus hidup dengan gembira dan penuh rasa cinta. Terima kasih sayang. Gamsahamnida! ^_^




Muat Turun Gambar Penulis

Gambar di bawah boleh dimuat turun untuk kegunaan penganjur membuat poster atau bunting. Sila KLIK pada gambar untuk memuat turun.

  • Gambar 1

  • Gambar 2

  • Gambar 3

Senarai Novel: