Haiho Blinkers!

Ouh! Aja Daud ada mini site . Ingatkan AjaFazla (Abang Fazla) sahaja yang ke depan, Kak Aja mahu duduk di tepi. Malu-malu kucinglah katakan. Selamat datang, sila masuk jangan malu-malu.

Biodata Penulis:
  • Nama:
    Aja Daud
  • Tarikh Lahir:
    Pagi 5 Mac 19... teka sahajalah. hahaha.
  • Asal:
    Seremban, Negeri Sembilan tetapi bukan orang Negeri Sembilan. Lahir dalam rumah nenek di Kg Tendong, Pasir Mas, Kelantan. Namun lebih banyak bernafas di bumi Selangor sebelum berkehidupan di Negeri Sembilan.
  • Pendidikan Formal:
    Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Institut, Universiti.
  • Cita-cita:
    Mencari waktu untuk melaksanakan hobi. (Sibuklah sangat sampai tidak sempat untuk berhobi)
  • Hobi:
    1. Berkebun - berjaya tanam 3 jenis tumbuhan dengan jayanya. Tanam sahaja, pandai-pandailah pokok itu hendak hidup.
    2. Menulis blog - Mahu jadi blogger konon. Kalau blog itu berbentuk rumah pasti sudah menjadi rumah berhantu.
    3. Berbasikal - Tapi kena beli basikal dahulu. (Bilalah tabung papa bear mahu penuh)
  • Kesukaan:
    Hujan, Pokok besar, Makan-makan, Main-main, Baca-baca.
  • Aktiviti Terkini:
    Membuat kek, membuat kek, membuat kek, membuat kek dan Imiginasi.


  • Selain dari menulis, kak Aja juga mengusahakan perniagaan kek dalam talian bersama
    Abang Fazla. Nikmati hidangan kek-kek sedap untuk ditempah sempena majlis hari lahir, perkahwinan atau sahaja suka-suka mahu makan. Lawatilah www.OnePieceBakery.com :)

     



Senarai Novel: