Berkongsi Cerita...

Hey yo! Blinkers dan para pembaca yang dihormati :)
Terima kasih atas kesudian mengetahui lebih lanjut mengenai Fazla Idha.
Saya dan Aja Daud merupakan satu-satunya penulis yang bercantum
dan meletup atas nama pena AJAFAZLA!
Ini sedikit biodata Fazla Idha sebagai suntikan awal perkenalan kita ;)

Biodata Penulis:
  • Nama:
    Fazla Idha
  • Nama Pena:
    Aja Fazla (bercantum penulisan bersama Aja Daud)
  • Tarikh Lahir:
    12 Disember 19.. (dia masih muda percayalah!)
  • Asal:
    Seremban, Negeri Sembilan
  • Pengalaman Kerjaya:
    • Superbibik sewaktu cuti SPM - Kawan-kawan semua cari kerja tambahan, saya tawarkan diri dengan mak untuk jadi pembantu rumah di rumah sendiri. Ok, masakan sup ikan merah saya itu sangat sedap sehingga dua cubit sahaja dijamah. Kucing di rumah lebih pandai menilai masakan saya, habis licin.
    • Penjaga parking motor stadium - Sewaktu orang sibuk menonton perlawanan bola sepak (masa ini Negeri Sembilan sedang naik carta) kami sibuk buat duit jaga motor dan helmet. Kes orang mahu curi helmet orang lain menyebabkan saya tutup bisnes ini. Risiko yang menakutkan!
    • Arkitek Landskap - Seorang konsultan landskap yang rumahnya banyak rumput dari pokok. Ini memang satu kerjaya yang banyak mengajar saya ilmu hidup.
    • Baker - Jika orang kata tidak pandai membuat kek, sayalah orangnya, dari kosong boleh pula ada bisnes kek. Alhamdulillah hingga kini masih beroperasi dan semakin naik insyaALLAH. Mahu rasa kenikmatan kek-kek Fazla Idha dan Aja Daud a.k.a AjaFazla?
      Layari www.OnePieceBakery.com ;)
      FB: www.facebook.com/OnePieceBakery
    • Pengurus Blink Event - Inilah satu kisahnya dengan dunia BLINK. Kini sedang giat membangunkan Blink Event, organisasi yang menganjurkan program-program dalam topik bisnes, pembangunan diri, kerohanian dan penulisan. Dapatkan maklumat terkini program-program BLINK di FB Blink Event : www.facebook.com/BLINKEvent
Perkara-perkara menarik mengenai Fazla Idha…
  • Dia seorang yang mahukan perhatian, sebab itu dia bergabung dengan Aja Daud dan Ain Maisarah. Kenapa? Sebab suatu zaman dahulu Aja Daud suka perhatikan dia :P dan ramai yang perhatikan Ain Maisarah.
  • Buku Projek Cupcake Ain Maisarah telah memberi fenomena baru kepada pembaca buku Blink Book. Asal beli sahaja, mahu makan cupcake. Ramai yang sudah mencuba resepi dari buku ini, dan kenyang! Belum beli dan cuba resepi cupcake kami?

    Boleh dapatkan di sini :-
  • Ada versi DVD juga! (boleh lihat secara terus bagaimana kami buat cupcake dalam buku Projek cupcake Ain Maisarah) dapatkan di sini :-
  • Jangan jumpa dia di Pesta Buku PWTC! nanti ter’jual’ dan balik dengan buku-buku Blink Book ;) . Aja Daud kata dia ini ‘Master Ayat-ayat Manis’ (wah macam tajuk buku pula)
  • Seorang yang baik hatinya, semua orang mahu ditolong. Sampai diri sendiri tidak tertolong. (-_-)’
  • Penutup

    Baiklah sampai di sini dahulu, insyaALLAH berjumpa kita bersama kisah-kisah terkini di blog ini:



Berhubunglah dengan saya di :-

     



Muat Turun Gambar Penulis

Gambar di bawah boleh dimuat turun untuk kegunaan penganjur membuat poster atau bunting. Sila KLIK pada gambar untuk memuat turun.

  • Gambar 1

  • Gambar 2

  • Gambar 3

Senarai Novel: